KEMASUKAN PELAJAR KE IDIP

Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) menerima kemasukan pelajar dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun setiap tahun.Calon-calon pelajar yang berminat biasanya dirujuk atau diperakukan oleh Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Yayasan-Yayasan Islam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu yang mengenali pemohon.
Pelajar  juga boleh memohon terus kepada IDIP untuk mengikuti pengajian sama ada Sijil Asas Pengajian Islam atau Sijil Pengajian Islam. Keutamaan akan diberikan kepada saudara baru yang telah mendapat penajaan bagi membiayai kos pengajian mereka.
Tiada had umor dan kelulusan bagi mereka yang ingin mengikuti Sijil Asas Pengajian Islam. Walau bagaimana pun bagi program Sijil Pengajian Islam, pelajar hendaklah lulus sekurang-kurangnya SPM dengan satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
**KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR MUALLAF.

Download borang Permohonan Kemasukan Pelajar

 

Borang ini hendaklah diemelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it   / Fax ke 09-7715812

 

 **SILA SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN