1. Kursus Persediaan Pengajian Islam (KPP)

Kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan asas Akidah Ajaran Islam kepada para saudara baru yang menuntut di sini. Di samping memberi kefahaman terhadap perkara asas fardhu ain dan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian. Dengan adanya kursus ini, para pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan akhlak Islam dalam kehidupan masing-masing.

Tempoh Pengajian

  • Enam Bulan (1 semester)

 

2. Sijil Asas Pengajian Islam (SAP)

Kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan asas Akidah Ajaran Islam kepada para saudara baru yang menuntut di sini. Di samping memberi kefahaman terhadap prinsip-prinsip umum. Dengan adanya Sijil Asas Pengajian Islam (SAP) ini para pelajar dapat memahami dan memperkukuhkan penguasaan dalam perkara-perkara fardhu ain. Selain itu, program ini dapat memberikan pendedahan terhadap sumber-sumber hukum Islam. Program ini juga dapat membantu pelajar dalam menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tempoh Pengajian

  • Satu Tahun (2 semester)
  • Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, Pengetua boleh melanjutkan tempoh pengajian seseorang pelajar selama tempohtidak melebihi empat semester

 

3. Sijil Pengajian Islam (SPI)

Kursus ini adalah untuk melahirkan muslim yang memiliki Akidah yang sahih dan mantap. Di samping membentuk muslim yang mempunyai pengetahuan  dan menghayati Islam. Dengan adanya Sijil Pengajian Islam (SPI) ini IDIP dapat melahirkan muslim yang arif tentang dalil-dalil yang telah ditetapkan oleh islam dan memahami isu-isu semasa mengikut perspektif Islam. Selain itu, Kursus ini adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2009. Setiap pelajar yang memasuki kursus ini mestilah mempunyai SPM dan setraf dengannya atau lulus ujian kelayakan memasuki SPI.

 Tempoh Pengajian

  • Satu Tahun Enam Bulan (3 Semester)