poso1

 

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warga IDIP pada 29 Ogos 2010 bertempat di Dewan Putra.Seramai 250 orang termasuk pelajar-pelajar telah memeriahkan majlis tersebut. PMBK  diwakili sendiri Ketua Pegawai Esksektuif, Ir. Haji Mustafa bin Salleh dan pengurus-pengurus anak syarikat perbandanan. 

Majlis ini diisi dengan pelbagai program iaitu bacaan Al-Quran oleh pelajar IDIP,Tazkirah Ramadhan, tayangan klip video dan kemuncaknya adalah penyampaian sumbangan Hari Raya kepada semua pelajar. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti dan sumbangan perbadanan kepada masyarakat khususnya saudara baru dan anak-anak yatim. PMBK berjanji akan meneruskan program-program seumpama ini pada masa-masa akan datang untuk mengeratkan perhubungan di antara dua institusi.

poso2
 
poso3
                                        
poso4
 
poso5