Sambutan Hari Raya Idulfitri untuk pelajar dan seluruh Warga IDIP telah diadakan pada 28 September 2010/ 19 Syawal 1413H. Pelajar dan Kakitangan IDIP sama-sama  merasakan kemeriahan sambutan Hari Raya yang berlangsung di Dewan Putra IDIP. Turut hadir sama pegawai dan kakitangan PERKIM Bahagian Kelantan.

Program ini dianjurkan oleh IDIP khususnya untuk meraikan pelajar-pelajar saudara kita yang tidak dapat berhari raya di kampung mereka.Turut menaja juadah makan minum adalah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)   

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid pelajar IDIP yang telah memenangi Pertandingan Asah Bakat yang dianjurkan baru-baru ini. Sambutan Hari Raya ini telah berjaya mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah di kalangan kakitangan dan pelajar IDIP. Program seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ianya amat memberi manfaat kepada seluruh warga idip.

 Pengacara Majlis pada Sambutan Eidulfitri

 (Ustaz Daud Bin Leman) 

 

 

Ucapan Salam Hari Raya kepada Warga IDIP

 oleh Dr Abdul Aziz Bin Mahmood 

 

PERSEMBAHAN NASYID

 
 
 
 
 
Jalinan Kemesraan WARGA IDIP
 
Pelajar dapat merasai kemeriahan Aidilfitri bersama Pensyarah dan Kakitangan IDIP walaupun mereka berjauhan dengan keluarga 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN ASAH BAKAT