LAWATAN KERJA KE LABUAN DAN KOTA KINABALU

Pegawai-pegawai utama IDIP terdiri daripada Pengerusi Majlis Prof. Emeritus Dato’ Dr Ariffin Suhaimi, Pengerusi Senat Prof Madya Dr Ramle Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Pentadbiran dan Kewangan Prof Madya Dr Siti Normala Sheikh Obid, Timbalan Pengarah Akademik Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, dan Pendaftar En. Mat Salleh Hassan telah melakukan lawatan kerja ke Labuan dan Kota Kinabalu pada 18 hingga 20 Oktober 2010. Institusi yang dilawati adalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (WAIWP), Labuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah,Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmaal Sabah dan Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA).

 

SESI TAKLIMAT  

Lawatan ini adalah bertujuan menjalinkan kerjasama dan persefahaman serta bertukar-tukar maklumat dalam usaha menambah baik perkhidmatan IDIP kepada pelajar khususnya saudara baru. Rombongan IDIP telah menyampaikan taklimat berhubung dengan perkembangan terkini dan wawasan pendidikan yang sedang dikendalikan. Turut dikemukakan adalah keperluan kepada dana bagi menyokong dan membiayai kos pengajian dan sara hidup pelajar.

Rombongan IDIP juga sempat berbincang dengan JAKIM Sabah potensi bagi mengadakan kerjasama pendidikan antara kedua-dua institusi memandangkan pelajar dari Sabah merupakan jumlah yang teramai belajar di IDIP. Kerjasama pendidikan ini akan diperhalusi oleh kedua-dua institusi dalam tempoh terdekat.

Persatuan Islam Seluruh Sabah(USIA) juga menyambut baik kerjasama antara kedua-dua institusi dan berjanji akan menghulurkan bantuan yang termampu dalam usaha mempromosikan kemasukan pelajar Sabah ke IDIP.

 
BERSAMA JAKIM SABAH 
 
 
 
  Prof Madya Dr Siti Normala Sheikh Obid
Bersama Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Sabah
 
 
 
 
PERSATUAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) 
 
 
 
Prof. Emeritus Dato’ Dr Ariffin Suhaimi bersama Ustaz Tarmizi 
(Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan)
 
 
  BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM SABAH