Pada 18hb November 2010 bersamaan 12hb Zulhijjah 1431H, Khamis bertempat di perkarangan Institut Dakwah Islamiah PERKIM berlangsungnya majlis korban bersempena Hari Raya Aidiladha. Majlis bermula jam 8.00 pagi yang melibatkan 26 orang kakitangan IDIP dan 40 orangpelajar IDIP. 5 ekor lembu disembelih hasil dari sumbangan individu dan pihak korporat.
 

upacara penyembelihan

Kakitangan dan pelajar IDIP bergotong-royong melakukan penyembelihan, melapah, mengagihkan daging, memotong dan memasak juadah makan tengahari di IDIP. Majlis inimendapat liputan dari stesen TV Al-Hijrah. Majlis korban ini berakhir pada jam 2.00 petang setelah selesai makan tengahari dan solat zohor berjemaah di surau IDIP.

               

 
 
 
 
 
 
 
 
Dengan berlangsungnya majlis ini, warga IDIP dapat bersama-sama menyempurnakan ibadah korban Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Program ini juga telah mendedahkan pelajar-pelajar saudara baru dalam pengurusan penyembelihan dan penghayatan ibadah korban. Selain itu majlis ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan warga IDIP.