Pada 12 Februari 2013, bertempat di Dewan Putra IDIP telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Syura Pelajar (MSP) IDIP untuk tahun 2013. Anggota-anggota MSP telah dipilih melalui proses pilihanraya kampus yang telah diadakan pada 29 Januari 2013 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang mendapat undian tertinggi iaitu seramai 10 orang pelajar muslimin dan 9 orang pelajar muslimah telah dipilih untuk menganggotai MSP oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Bacaan ikrar MSP diketuai oleh saudara Mohammad Azril Oliman Abdullah sebagai Yang diPertua MSP bagi tahun 2013, disaksikan oleh Pengarah IDIP, Ustaz Mohamed Nazir Bin Che Ibrahim, Penolong Pendaftar, Nik Mohamad Aizat, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Ustaz Ali Bin Yusof, Ketua Jabatan Pengajian Asasi dan Bahasa, Dr. Abdul Aziz Bin Mahmood dan para pensyarah IDIP.
Saudara Mohammad Azril Oliman kemudiannya menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai YDP MSP mewakili seluruh ahli MSP menyentuh tentang semangat kerjasama yang perlu diterapkan dan dibudayakan dalam setiap pekerjaan pelajar IDIP dalam usaha untuk menjadi da’ei yang berjaya. Beliau juga berjanji bahawa MSP akan membantu pelajar dalam setiap masalah yang dihadapi serta bekerjasama dengan pentadbiran IDIP untuk mencapai objektif melahirkan pendakwah cemerlang.
ORGANISASI
Yang diPertua(YDP)
MOHAMMAD AZRIL OLIMAN ABDULLAH
Timbalan Yang diPertua 1 (TYDP1)
MUHAMMAD RIZAL BIN RAMIH
Timbalan Yang diPertua 2 (TYDP 2)
ALIA SUHANA SUFIA BINTI ABDULLAH
Setiausaha 1
MUHAMMAD YUSRI BIN GABRIEL
Setiausaha 2
SHAKILA BINTI DOLAH
Bendahari 1
MUHAMMAD LATIF MOHD ALI
Bendahari 2
SITI SHAHRIZAN BINTI SIDIN
Ketua Lajnah Sukan,Kebudayaan & Kesenian
MOHD KHAIRUL BIN DAUNEH
Timbalan Ketua Lajnah Sukan, Kebudayaan & Kesenian
SITI HAINAH BINTI LIUS
Ketua Lajnah Pembangunan Minda & Intelektual
ASRIN AZLI ZAN BIN YAANIN
Timbalan Ketua Lajnah Pembangunan Minda & Intelektual
MARWATI BINTI MARZUKI
Ketua Lajnah Kerohanian & Pembangunan Insaniah
MUHAMMAD FIDOS BIN ABDULLAH
Timbalan Ketua Lajnah Kerohanian & Pembangunan Insaniah
FATIMAH SUZAIMEY TAN
Ketua Lajnah Penempatan, Keceriaan & Kebersihan
ABDUL MULOK BIN GAFFAR @ ABDUL GAFFAR
Timbalan Ketua Lajnah Penempatan, Keceriaan & Kebersihan
NUR FATHIYAH DORIS BINTI ABDULLAH
Ketua Lajnah Penerangan & Penerbitan
MOHAMAD JOHAIMIE BIN BAH JEMBERI
Timbalan Ketua Lajnah Penerangang & Penerbitan
NURUL ASYIQIN SHIRLY BINTI ENGKECHONG
Ketua Lajnah Kebajikan & Tugas-Tugas Khas
MUHAMMAD AZRAI BIN PANDAK JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan & Tugas-Tugas Khas
AISHAH BINTI ABDULLAH