Konvokesyen 20

Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) telah mengadakan Majlis Graduasi Ke 20 pada 25 Julai 2010 untuk menyampaikan sijil-sijil akademik serta hadiah kecemerlangan akademik bagi sesi pengajian 2009/2010. 

Majlis berlangsung di Dewan Putra, IDIP telah disempunakan oleh Prof.Emeritus Dato’ Dr Ariffin Suhaimi, Pengerusi Majlis IDIP merangkap Naib Yang DiPertua PERKIM Kebangsaan. Turut hadir Prof. Madya Dr Ramle Abdullah, Pengerusi Senat dan Prof.Madya Dr Siti Normala Sheikh Obid, Pengerusi Jawatan Kuasa Pentadbiran dan Kewangan IDIP.

Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah ahli-ahli Majlis IDIP, wakil-wakil badan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil IPTS dan NGO. 
 
Seramai 70 orang graduan telah menerima sijil masing-masing di majlis tersebut. Pada tahun ini juga buat julung kalinya seramai 18 orang graduan menerima Sijil Pengajian Islam yang telah diakreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Graduan lain adalah menerima Sijil Asas Pengajian Islam.