PROGRAM PEMANTAPAN DAIE MUDA 2010

 

daei1

Unit Tarbiah dan Pembangunan Insan telah mengadakan ‘Program Pemantapan Daie Muda 2010’ yang telah dijalankan pada 31 Oktober  hingga 11 November 2010. Pelbagai pengisian dimuatkan dalam program ini antaranya ialah Kursus Imam dan Bilal, Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Pra Perkahwinan, Ceramah Kesihatan, Bengkel Jahitan, Sukan, Kmbara Daie Muda dan banyak lagi. Program ini diadakan bertujuan untuk member pendedahan kepada para pelajar tentang asas-asas Fardhu Ain dan ibadah disamping mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari. Di samping itu program ini juga memberi pendedahan serta maklumat berkaitan kemahiran menjadi seorang daie, meningkatkan motivasi dan kesdaran diri serta menerapkan aktiviti luar berbentuk modul dan sukan untuk menyemai ukhuwah di kalangan pelajar. Bagi memantapkan lagi pengisian setiap program, pihak penganjur telah menjemput penceramah-penceramah serta pakar motivasi daripada pelbagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Kemuncak kepada program tersebut adalah Kembara Daie Muda yang telah dijalankan selama 4 hari bermula pada 7-10 November bertempat di Permai Resort & Rest House, Pantai Melawi Bachok dan Majlis Perasmian Penutup diadakan pada hari terakhir yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Ustaz Ahmad Fathan Bin Mahmood. Apa yang pentingnya program ini menjadi titik tolak kepada pembangunan potensi pelajar dalam menjalani kehidupan yang lebih mencabar dan seterusnya melahirkan generasi yang mengamalkan ajaran Islam dengan lebih sempurna dan berupaya menjadi model terbaik kepada masyarakat.

daei2