Peraturan Asas Penggunaan Makmal Komputer IDIP

 

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

2.  Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

6. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

7. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat.Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAH GUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

 

8. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.