SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP)
 
1. SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM (2 SEMESTER)
 
a. Umur 18 tahun ke atas.
b. Memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah atau seraf
c. Mampu membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu.
d. Keutamaan kepada saudara kita
e. Diperakukan dan ditaja oleh Majlis Agama Islam/JabatanAgama Islam Negeri-negeri, Yayasan/NGO dan lain-lain individu.
 
 
 
2. SIJIL PENGAJIAN ISLAM (3 SEMESTER)
a. Umur 18 tahun ke atas.
b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya SATU  kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau;
c. Lulus Sijil Asas Pengajian Islam dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
d. Diperakukan dan ditaja oleh Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam Negeri-negeri,Yayasan/NGO dan lain-lain individu.