ORANG ASLI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

 

Oleh: Abham t.r.

Orang Asli bermaksud penduduk asal sesuatu Negara. Bagi Semenanjung Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) kewujudan Orang Asli semenjak lebih 5000 tahun yang lalu. Mereka berasal daripada keturunan Austranesia, yang boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut terdiri daripada Melayu Asli atau Melayu Asli atau Melayu Proto, Ngrito dan Senoi. Setiap kumpulan ini boleh dipecah kepada enam suku kaum.

 

Suku-suku yang membentuk Melayu Asli ialah suku Jakun, Temuan, Semelai, Orang Kuala, Orang Kanaq dan Orang Seletar. Kumpulan Melayu Asli ini kebanyakan tinggal di Pahang (Maran dan Pekan), Negeri Sembilan (Kuala Pilah dan Panau) dan Johor.

Suku-suku yang membentuk Negrito ialah Kensiu kebanyakan mereka tinggal di Baling, Kedah. Kintak kebanyakan tinggal di Grik, Perak. Lanoh kebanyakan tinggal di Hulu Perak. Jahai terdapat di merata-rata tempat seperti di Hulu Perak, Banum, Sunagi Tiang, Empangan Temenggur Perak dan Sungai Rual, Jeli Kelantan. Mendrik terdapat di pedalaman Kelantan. Manakala bateq terdapat di pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kumpulan Senoi terdiri dari suku Temiar mereka tinggal di pedalaman Perak, Kelantan dan Pahang. Semai kebanyakan mereka tinggal di banjaran Titiwangsa di Perak dan Pahang. Semak Beri kebanyakan tinggal di Pahang. Suku Mah Meri dikenali juga sebagai Orang Hutan atau Orang Laut tinggal di tepi laut Johor dan Selangor. Manakala suku Che Wong tinggal di Raub dan Temerloh, Pahang.

Dewasa ini orang Asli sudah mula mencari agama sebagai satu cara hidup dan mendapat hidaya dari Allah. Kebanyakan mereka mulai meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang tidaqk berpaksi mana-mana agama. Ramai anatara mereka memilih Islam sebagai agama atau cara hidup. Tidak dapat dinafikan ada juga yang memilih agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian.

Orang Asli juga mulai mempunyai kesedaran betapa pentingnya mempunyai pelajaran dan ilmu pengetahuan. Ada kalangan mereka terdidik hingga ke Universiti atau Pusat Pengajian Tinggi. Kebanyakan Orang Asli beragama Islam memilih Institut Dakwah Islamiah Perkim sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan Islam. Sudah ramai juga Orang Asli menjawat jawatan penting kerajaan sebagai pegawai, jurutera, doktor, guru dan sebagainya.