Ahad, 23 September 2012 bersamaan 7 Zulkaedah 1433H

Pada hari Ahad, 23 September 2012 bersamaan 7 Zulkaedah 1433H telah diadakan Majlis Graduasi Institut Dakwah islamiah PERKIM (IDIP) ke -22 bertempat di Dewan Putra IDIP, Pengkalan Chepa. Seramai 55 orang graduan diraikan dalam majlis graduasi ini.

Daripada 55 orang pelajar yang bergraduasi pada tahun ini, seramai 31 orang pelajar adalah graduan Sijil Asas Pengajian Islam (SAP) dan 24 orang pelajar adalah graduan daripada Sijil Pengajian Islam.

Pada majlis graduasi ini Rosmaini Usin menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan manakala Muhammad Hanif Muqtie Abdullah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program SAP dan Selinah Hamilin berjaya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Program SPI.

Perasmian majlis graduasi IDIP ke-22 ini disempurnakan oleh Pengerusi IDIP iaitu Datuk Dr. Ismail Ibrahim. Dalam ucapan perasmiannya, Pengerusi IDIP mengucapkan tahniah kepada graduan kerana berjaya menamatkan pengajian di IDIP dengan cemerlang dan seterusnya berharap para pelajar-pelajar  yang masih menuntut di IDIP berusaha bersungguh-sungguh dan menjadikan para graduan yang bergraduasi pada tahun ini sebagai ‘role model’ dan punca semangat untuk cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Pengetua IDIP, Ustaz Mohamed Nazir Che Ibrahim berkata, majlis graduasi ini juga adalah bertujuan untuk menaikkan semangat para pelajar IDIP dalam mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir Semester Jun 2012 yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.

Turut hadir ke majlis ini adalah Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul Karim dan pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi negeri Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 

Last Updated ( Monday, 22 October 2012 15:05 )  

Kemasukan Pelajar
IDIP menerima kemasukan pelajar dua kali setahun

Kakitangan IDIP
Senarai Kakitangan Akademik IDIP

Rencana Ilmiah
Himpunan rencana dan berita

Alumni Bekas-bekas pelajar IDIP

 

Jawatan Kosong

Waktu Solat

Selasa 27 Feb 2018
11 Jamadil Akhir 1439 H

 

Subuh 06:08
Syuruk 07:26
Zuhur 13:26
Asar 16:45
Maghrib 19:26
Isya 20:36

Kelantan

 

[ Tukar Kawasan ]

Undian

 

Pendapat anda mengenai Portal IDIP?
   

Dari Meja Pengerusi

TAN SRI DATO' DR. MUHAMMAD RAIS ABDUL KARIM

Lagi...

Sumbangan

Kami memerlukan sumbangan derma untuk membina bangunan baru bagi menggantikan asrama lelaki yang sedia ada. Sila hubungi 09-7715810. Lagi

 

 

Pelawat

 
Today 12
Yesterday 13
This week 44
Last week 603
This month 2204
Last month 3699
All days 358853

We have: 1 guests online
Your IP: 115.132.56.32
Chrome 64.0.3282.140, Windows
Today: Feb 27, 2018

Kakitangan