Institut Dakwah Islamiah PERKIM telah menyahut Kempen Malaysia QuranHour dan World QuranHour yang dijadual berlangsung ma­sing-masing pada 24 Ramadan dan sekali lagi pada 9 Zulhijah ini. Malaysia QuranHour yang bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang. IDIP telah mengadakan program ini di Surau tepat jam 12.00 tengahari pelajar dan kakitangan IDIP sama-sama membaca al quran beramai-ramai bagi melatih pelajar-pelajar minat dan menyayangi Al-Quran sebagai Kitab Suci Agama Islam.