Assalamualaikum Wbt,

Kepada semua saudara baru muslimin dan muslimat anda ditawarkan untuk mengikuti kursus pengajian di Institut Dakwah Islamiah PERKIM bagi kemasukan sesi Januari 2019 dengan pendaftaran terus tanpa temuduga. Keutamaan diberi kepada pelajar yang mempunyai tajaan daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi, walaubagaimanapun pihak IDIP akan berusaha mencari penaja kepada pelajar-pelajar yang tiada tajaan. Tempoh pengajian di IDIP adalah selama 3 tahun meliputi beberapa tahap pengajian iaitu:

KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN ISLAM (KPP)

1 Semester (6 bulan)

SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM (SAP)

2 Semester (1 Tahun)

SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI)

3 Semester (1 Tahun 6 Bulan)

Pelajar-pelajar lepasan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) boleh melanjutkan pengajian mereka ke peringkat diploma / ijazah di Institusi Pengajian Tinggi. Kepada yang berminat boleh lah memuat turun borang kemasukan melalui portal IDIP www.idip.edu.my dan menghantar borang tersebut melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. /melalui pos/ terus ke pejabat Institut Dakwah Islamiah PERKIM. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7715810 / 09-7715815

TARIKH PENDAFTARAN: 6 JANUARI 2019

 Download borang Permohonan Kemasukan Pelajar