NASIHAT DALAM TEORI SASTERA MELAYU/ISLAM
NASIHAT DALAM TEORI SASTERA MELAYU/ISLAM*
Oleh: Dr Abdul Aziz Mahmood,
Ketua Jabatan Bahasa dan Ilmu Asasi,
Institut Dakwah IslamiahPERKIM,
Kelantan, Malaysia.
Pendahuluan
Sesungguhnya sepanjang pengamatan penulis belum pernah ditemui ‘nasihat’diperkatakan sebagai satu teori atau hepotisis berhubung dengan karya sasteraMelayu khususnya puisi moden atau sajak. Penulis melihat perkataan nasihat itusendiri amat tepat dan relevan dengan amanat atau mesej yang hendak disampaikanoleh pengarang. Justeru itu penulis cuba mengemukakan satu pendapat baru agardapat menambah khazanah teori sastera Melayu yang berunsur Islam sebagaimanateori ‘takmilah’ yang telah diperkatakan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar beberapatahun yang lalu.
Nasihat menurut KamusDewan Edisi Keempat (2005) ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan.Menurut Kamus Idris Al-Marbawi 1990 perkataan nasihat berasal dari perkataanarab nasaha bermaksud memberi nasihat atau teguran. Dalam al-Quran terdapatbeberapa ayat yang khusus tentang peringatan, nasihat dan saranan melakukanteguran baik dan mencegah kemungkaran. Firman Allah s.w.t dalam surah Azzariatayat 55, mafhumnya: “Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itumemberi guna atau manfaat kepada orang-orang beriman.” Dalam surah al-Asr, ayat1-3 mafhumnya: “ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh serta salingberpesan supaya menjunjung ajaran kitab Allah yang benar dan saling berpesansupaya bersikap sabar.”
____________________________________________________________________
* kertas kerja ini disampaikan dalam seminar bahasa Melayu, anjuran JabatanBahasa Melayu, Universiti Islam Yala, pada 19 Februari 2010.
Jelas sekali memberinasihat atau pesanan atau peringatan merupakan suruhan Allah kepada manusia danmemberi faedah kepada manusia khasnya orang-orang mukmin atau mukminah. SyedQutub dalam tafsir Fi Zilalil Quran, alih bahasa Yusuf Zaki Yaakub(1988)memberi ulasan bahawa saling berpesan supaya menjunjung ajaran Allah yang benardan saling berpesan supaya bersikap sabar melahirkan gambaran umat
Islam atau kelompok Islam mempunyai identity, ikatan dan tujuan perjuanganyang sama iaitu memimpin manusia ke jalan iman dan perbuatan baik atau amalsoleh.
Bagi menguatkan hujjah,penulis membawa hadith shahih yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi dalam bukunyaHadith 40. terjemahannya seperti berikut: Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausinal-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Agama itu nasihat. Kami berkata,untuk siapa? Ia bersabda untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya danpemimpin-pemimpin golongan musliman dan orang awam dari kalangan mereka.(Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadithtersebut memberi nasihat adalah suatu perkara yang amat penting. Ia merupakantugas para nabi dan rasul, tanda kesempurnaan agama dan menjadi hak seorangmuslim terhadap seorang muslim yang lain. nasihat untuk Allah mengajak berimankepada-Nya, tidak menyekutukan-Nya, melaksanakan ketaatan kepada-Nya danmenghidari maksiat. Nasihat untuk kitab-Nya ialah beriman dengan kitab-kitabyang diturunkan Allah kepada para rasulterutama kitab terakhir iaitu al-Quran.
Nasihat untuk rasul-Nyaialah mengakui kebenaran rasul-rasul dan beriman dengan ajaran yang dibawa olehmereka. Nasihat untuk para pemimpin, bekerjasama dan taat kepada mereka dalamperkara kebenaran. Nasihat untuk orang awam, membimbing mereka kea rah kebaikandunia dan akhirat. Amalan nasihat menasihati mesti diperhebatkan kerana iamerupakan penyempurnaan iman.(lihat Hadith 40 Multimedia and publications,2008)
Aplikasi
Sasterawan Negara(SN) Usman Awang atau Tongkat Warrant melalui sajaknyayang terkenal berjodol Guru Oh Guru(1979) telah memberi dua nasihat pentingkepada manusia yang bernama murid atau pelajar. Pertama, guru adalahsegala-galanya, dialah ibu, dialah bapa, dialah sahabat dan dialah sumbersegala ilmu. Asas ilmu yang ditanam dengan penuh keikhlasan dan kegigihansedari kecil memberi kesan yang amat besar kepada psikologi manusia. Kedualantaran jasa gurulah maka seseorang manusia berupaya menjawat jawatan tinggiseperti Raja, Perdana Menteri, Presiden, ulama, peguam, pensyarah, doktor dansebagainya.
Penulis perturunkansebahagian sajak Guru Oh Guru untuk tatapan bersama.
Dialah pemberi palingsetia
Tiap akar ilmu miliknya
Pemimpin yang ditauliahkansegala umat
Seribu tahun katanyamenjadi hikmat.
Jika hari ini seorangPerdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Rajamenaiki takhta
Jika hari ini seorangPresiden sebuah negara
Jikahari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorangpeguam menang bicara
Jika hari ini seorangpenulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahajamenjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan olehseorang guru biasa
Dengan lembut sabarnyamengajar tulis-baca.
Nasihat SN Usman Awang iniselari dengan Islam yang meletakkan golongan guru atau ilmuan pada tahap yangtinggi. Allah swt berfirman dengan maksudnya: Allah mengangkat golongan berimandaripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derjat. DanAllah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al-Mujaadalah: 11) SabdaNabi saw: Jadilah kamu orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orangyang mendengar dan jangan jadi golongan keempat maka akan binasa. (maksudnyatidak mengajar, tidak belajar dan tidak mendengar ajaran guru. Mereka adalahgolongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Dorongan atau saranan Nabisaw ini merupakan satu amanat yang menggalakkan manusia menjadi pengajar yangboleh memberi manfaat kepada manusia di samping mengembang ilmu pengetahuan.Dalam hal ini Imam As-Shafie sangat menghormati guru, walaupun guru tersebutmengajar satu patah ilmu sahaja kepadanya. Hal ini menyebabkan beliau amatcepat menangkap ilmu ajaran guru dan sentiasa mendapat keberkatan kerana doa,restu dan keredhaan guru kepadanya.
Membaca sajak‘tikus’(Dewan Sastera, Januari 2010) karya Chai Loon Guan terdapat unsurnasihat yang diselit secara tidak langsung. Walaupun sajak itu ditulis seakanjenaka, namun pada bait terakhir ia menghantarkan mesej nasihat kepada golonganperasuah sebagai tikus yang sentiasa mengkhianati barang-barang dan jugamakanan. Perbuatan mengerit atau menggigit seperti rasuah yang merosakkannegara dan masyarakat. Perhatikan bait akhir sajak tersebut.
Biar apa pun tikus
Kerit-mengerit di bawahmeja
Gigit-menggigit di dalamselimut
Seperti tikus rasuah
Cukup noda
Kepada integriti manusia
Cukup dosa
Kepada kehidupan manusia.
Dalam sajak SeorangNakhoda (Bisikan 7, 2009) karya Dato’ A.Aziz Deraman, Mantan Ketua PengarahDewan Bahasa sarat dengan nasihat dan mesej penting yang ditujukan kepadanakhoda atau pemimpin. Seorang nakhoda yang baik bukan sahaja punya ilmu dankepintaran, malah lebih dari itu. Pengalaman, kebijaksanaan dan firasat turutmembantu menyempurnakan pelayaran atau pemerintahan. Perhatikan sajak tersebut:
Seorang nakhoda yangpintar
Firasatnya luas ilmusebenar
Tahu beza alunan gelombang
Antara air bergulung atautenang
Fasih berbicara anginribut taufan
Tatkala diri dekat ketanda musibah
Cepat faham ke arah haluanberubah
Bijaksananya pilih hala pelayaran
Agar selamat dari bertubi ujian
Niat baik sesuaikan perubahan
Tidak bahtera bertukar rupa
Kecuali cara meredah mara
Agar nanti terukir kebahagiaan
Hasil kecemerlangannya pelayaran.
Sajak bertajuk Gunting (Bisikan 7, 2009) karyaAhmad Sarju, mempunyai nasihat atau peringatan tentang ketajaman gunting yangsentiasa siap sedia untuk menggunting apa sahaja. Bukan hanya kain, selendangdan tali, malah apa sahaja yang boleh dimangsakan. Gunting adalah simbolikkepada musuh dalaman yang sentiasa menunggu mangsa. Perhatikan untaian pertamasajak tersebut:
Bukan kain atau selendang
Menjadi mangsa ketajamanmu
Bukan benang atau tali
Menjadi mangsa kebiasaanmu
Bukan kapas atau kertas
Menjadi mangsa jari tanganmu.
Bila menatap sajak Bisikan (Bisikan 7, 2009),karya penyair mapam Darma Mohammad, penulis terkesan nasihat secara tersiratyang ada dalam karyanya itu. Sajak Bisikan berunsur falsafah termasuk dalamsajak sukar atau kos tinggi. Namun pembaca yang teliti dapat menemui nasihatyang terselit di dalamnya. Umpama permata yang ada di dasar bumi akan terjumpajuga oleh jauhari. Sebagai seorang insan kita seharusnya melihat sesuatu denganpositif. Jika ada unsur negatif kita boleh tukar menjadi positif. Keresahanatau kesunyian boleh ditukar kepada perkara berfaedah jika kita punya iman.Sebagaimana kata Darma dalam rangkap akhir sajaknya.
Kabut telah mengalirkan bisik halus
Dari pelepah angin yang bertimpa-timpa
Jatuh dimeja menjadi sejilid bunyi
Resah lagi rusuh
Akhirnya kekuatan iman menukarkan
Setiap butir sepi menjadi segumpal sutera.
Menatap sajak berjodol Dengan Puisi (Setelah KauPergi ,2003), karya Mazli Husma seakan terlihat urutan hidup dan perjuanganmanusia dalam karya. Dengan puisi beliau dapat melayarkan bahtera diri,mengibarkan jalur peradaban bangsa, menyemarakkan perjuangan, menyuarakangolongan terpinggir atau tertindas, dan mengurangkan tekanan perasaan rindu.Secara tidak langsung penyair menasihat pembaca memanfaatkan karya untuk tujuanbesar dan murni. Sepatah ucapan penyair mampu melontarkan emosi dan fikir yangdalam. Sebagaimana kata Iqbal penyair tersohor Pakistan.
Kau mencipta tanah
Aku membuat piala.
Kalau tidak kerana kuasa Allah membuat tanah-tanih,kita tidak akan dapat membuat piala, gelas dan sebagainya. Kalau Allah tidakmembuat besi, manusia tidak berupaya membuat kereta. Manusia membuat rekaanberdasarkan bahan-bahan mentah yang telah disediakan Allah. Di sini penulismemperturunkan sajak Mazli.
Dengan Puisi
Dengan puisi aku layarkan
Bahtera diri
Alur hayat melingkari
Geruh malam dan seligi siangnya
Aroma nafas zaman.
Dengan puisi aku kibarkan
Jalur seri nusa gemilang
Nyanyian gah peradaban.
Dengan puisi aku unggunkan
Daerah kental perjuangan
Dengan semarak api
Tagih pengorbanan.
Dengan puisi aku himpunkan
Suara-suara terpinggir
Yang longlai dan dinafikan
Hak dan kewujudannya.
Dengan puisi aku basahkan
Hati dan kelakianku
Tatkala gerimis mengumpul rindu
Untuk mengenangmu.
Penutup
Sebagai penutup penulis amat berharap agar teoriini, mendapat sokongan dan dokongan para penulis terutama penulis-penulisIslam. Teori ini wajar dikembang dan diperbaiki demi kemajuan dan kemantapankarya di samping demi dakwah dan perkembangan Islam sendiri. Teori Takmilahsalah satu teori yang telah berkembang walaupun baru beberapa tahundiperkenalkan. Sarjana Islam perlu mencipta teori baru yang sesuai denganIslam. Kerana kebergantungan kepada teori Barat terkadang boleh mengelirukan.Namun begitu tidak semua teori barat kita tolak, kerana kebebasan ilmu danintelektual.
Penulis akhiri tulisan ini dengan terjemahan ayatal-Quran:
Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentangdatangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelakidari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamubertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat. (Al-A’raf:63)
Rujukan
1. PanduanAl-Quran Dan Hadith Bagi Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Bahagian Hal EhwalIslam Jabatan Perdana Menteri. 1988
2. Al-Qurandan Terjemahan Indonesia,Cetakan Arab Saudi, 1971.
3. KamusDewan, Edisi Keempat,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
4. MazliHusma, Setelah Kau Pergi, Pustaka Dewan Puisi, Kota Bharu 2003.
5. ZulkifliMohd Zain dan Rogayah Abbas, Bisikan 7, Persatuan Seniman dan PenulisKelantan (PUSPA) 2009.
6. SNUsman Awang, Guru Oh Guru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979
7. MajalahDewan Sastera, Februari2010
8. Al-Marbawi, Mohd Idris Abd Rauf, Kamus Idris Al-Marbawi, Darulfikir, KualaLumpur 1990