MAJLIS GRADUASI IDIP 2013
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MSP IDIP 2013
Pada 12 Februari 2013, bertempat di Dewan Putra IDIP telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Syura Pelajar (MSP) IDIP untuk tahun 2013. Anggota-anggota MSP telah dipilih melalui proses pilihanraya kampus yang telah diadakan pada 29 Januari 2013 yang lalu. Seramai 19 orang pelajar yang mendapat undian tertinggi iaitu seramai 10 orang pelajar muslimin dan 9 orang pelajar muslimah telah dipilih untuk menganggotai MSP oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Bacaan ikrar MSP diketuai oleh saudara Mohammad Azril Oliman Abdullah sebagai Yang diPertua MSP bagi tahun 2013, disaksikan oleh Pengarah IDIP, Ustaz Mohamed Nazir Bin Che Ibrahim, Penolong Pendaftar, Nik Mohamad Aizat, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Ustaz Ali Bin Yusof, Ketua Jabatan Pengajian Asasi dan Bahasa, Dr. Abdul Aziz Bin Mahmood dan para pensyarah IDIP.