1. Apakah itu IDIP?
 
IDIP ialah singkatan kepada Institut Dakwah Islamiah PERKIM iaitu sebuah institut pendidikan sepenuh masa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) khusus untuk membimbing dan melatih saudara baru (muallaf).
 
2. Apakah fungsi IDIP?
 
- Menyampaikan pendidikan Islam kepada saudara baru supaya mereka mampu menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menyebarkan Islam dalam kalangan etnik atau masyarakat masing-masing..
- Melatih saudara baru untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
- Menawarkan program pengajian secara formal di peringkat Pengajian Asas, Sijil, Diploma atau Ijazah.
- Melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran hidup melalui aktiviti ko-kurikulum.
 
3. Apakah kursus yang ditawarkan di IDIP?
 
- Pada masa ini IDIP menawarkan dua (2) program pengajian iaitu: 
i. Sijil Asas Pengajian Islam (SAPI)
ii. Sijil Pengajian Islam (SPI).
 
3. Apakah Sijil Asas Pengajian Islam?
 
Kursus ini adalah untuk memberi asas kefahaman Islam kepada semua pelajar saudara baru yang datang dari pelbagai adat dan budaya suku kaum dan etnik untuk disatukan dalam satu masyarakat pelajar yang boleh dilatih dan diasuh dalam penghayatan cara hidup Islam. Kursus ini juga berfungsi sebagai teras dan pra syarat  kepada pelajar-pelajar melangkah ke peringkat Sijil Pengajian Islam.
 
5. Apakah syarat kemasukan ke Sijil Asas Pengajian Islam (SAPI)?
 
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Mempunyai sijil PMR atau setaraf.
- Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Malaysia ATAU
- Keutamaan diberikan kepada saudara kita (muallaf).
 
6. Berapa lamakah tempoh pengajian Sijil Asas Pengajian Islam?
 
- 1 tahun (2 semester)
- Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, pengetua boleh melanjutkan tempoh pengajian seseorang pelajar selama tempoh tidak melebihi empat semester. 
 
7. Apakah Sijil Pengajian Islam (SPI)?
 
Kursus ini membolehkan pelajar memperluas dan mendalami pengetahuan dan kefahaman Islam sehingga mereka mampu untuk menjadi pendakwah serta menjadi mubaligh untuk membawa risalah Islam dan membimbing masyarakat saudara baru kepada penghayatan dan pembudayaan cara hidup Islam. 
 
Program ini telah mendapat sijil akreditasi (pengiktirafan) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 28 Oktober 2009 dan telah pun diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 
8. Apakah syarat kemasukan ke Sijil Pengajian Islam (SPI)?
 
- Lulus dengan baik Sijil Asas Pengajian Islam ; ATAU
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu (1) kepujian:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh pendaftaran
- Keutamaan diberikan kepada saudara kita. 
 
9. Berapa lamakah tempoh pengajian Sijil Pengajian Islam (SPI)?
 
- 1 ½ tahun  atau  3 semester.
- Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, pengetua boleh melanjutkan tempoh pengajian seseorang pelajar selama tempoh tidak melebihi emapat semester. 
 
10. Adakah pelajar IDIP ditaja sepenuhnya oleh penaja?
 
IDIP akan berusaha mencari dan mendapatkan penyumbang dana daripada institusi, organisasi atau individu untuk membantu membiayai kos pengajian pelajar-pelajarnya.
 
Setakat ini IDIP mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Agama Islam Dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Yayasan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menghantar dan menaja pelajar.
 
11. Apakah kemudahan yang disediakan di IDIP?
 
- Asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan.
- Surau/madrasah.
- Perpustakaan.
- Kemudahan sukan dan rekreasi.
- Wireless internet.
- Bengkel jahitan.
- Bilik sumber.
- Makmal computer.
- Kantin.
- Dewan Serbaguna.
 
12. Bagaimanakah ingin memohon masuk ke IDIP?
 
Pemohon boleh melayari laman web IDIP www.idip.edu.my atau menelefon 09-771 5810 atau terus kepada bahagian hal ehwal pelajar 09-771 5815 untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Pelajar-pelajar saudara baru juga boleh memohon melalui Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
 
 
 

Kemasukan Pelajar
IDIP menerima kemasukan pelajar dua kali setahun

Kakitangan IDIP
Senarai Kakitangan Akademik IDIP

Rencana Ilmiah
Himpunan rencana dan berita

Alumni Bekas-bekas pelajar IDIP

 

Sistem Bekas-bekas Pelajar IDIP

 

Jawatan Kosong

Waktu Solat

Selasa 27 Feb 2018
11 Jamadil Akhir 1439 H

 

Subuh 06:08
Syuruk 07:26
Zuhur 13:26
Asar 16:45
Maghrib 19:26
Isya 20:36

Kelantan

 

[ Tukar Kawasan ]

Undian

 

Pendapat anda mengenai Portal IDIP?
   

Dari Meja Pengerusi

 

YBhg. Dato’ Haji Abdul Hanif Harun

Lagi...

Pelawat

 
Today 12
Yesterday 13
This week 44
Last week 603
This month 2204
Last month 3699
All days 358853

We have: 1 guests online
Your IP: 115.132.56.32
Chrome 64.0.3282.140, Windows
Today: Feb 27, 2018

Kakitangan