PROGRAM LATIHAN GERAK KERJA DAKWAH & UKHUWWAH SAUDARA MUSLIM

 

 

“Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbahaslah dengan mereka secara yang baik.” (An Nahl: 125)

Mengajak manusia kepada jalan Tuhannya merupakan satu perkara penting yang perlu di titik beratkan dalam masyarakat muslim terutamanya dalam keadaan masyarakat yang perlu berhadapan dengan pelbagai karenah global yang mencabar. Selaras dengan tuntutan Islam dan sebagai komponen ummah yang memahami tanggungjawab dalam menyebarkan ajaran Islam terutamanya dalam keadaan agama ini semakin terpinggir dalam kalangan umatnya sendiri, maka Bahagian Hal Ehwal Pelajar IDIP dan Kelab PERKIM IDIP menyahut seruan itu dengan menganjurkan Program Latihan Gerak Kerja Dakwah dan Ukhuwwah Saudara Muslim bagi merealisasikan tanggung jawab kita sebagai khalifahNya di muka bumi serta menyahut seruan Allah S.W.T sebagaimana maksud ayat diatas. Program yang diadakan selama lima hari itu bermula pada 13 hingga 17 Mei 2011, bertempat di Kampung Orang Asli Sangwai, Pos Brook, Gua Musang, Kelantan

Program yang telah berjaya dilaksanakan itu mendapat bantuan dan kerjasama penuh daripada PERKIM Kebangsaan, Cawangan Dakwah Khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Loging, Polis Diraja Malaysia serta JKKK KOA Sangwai.

Program yang julung kali diadakan itu merupakan program perintis kepada ahli-ahli Kelab PERKIM IDIP dalam usaha melatih ahli kelab serta pelajar IDIP umumnya melibatkan diri dalam kalangan masyarakat bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan dan perlaksanaan gerak kerja dakwah kepada masyarakat serta mengeratkan silaturrahim dan menerapkan nilai-nilai ukhuwah yang sejati antara pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dengan masyarakat perkampungan Orang Asli tersebut. Selain itu, program tersebut juga bertujuan menarik minat masyarakat untuk menghayati nilai-nilai Islam yang suci dan menjalankan program pengislaman kepada saki baki penduduk yang belum Islam disamping memberi penerangan tentang salah tanggapan terhadap agama Islam dan anggapan betul terhadap agama lain.

Menurut penyelaras program merangkap Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar IDIP dan juga penasihat Kelab PERKIM IDIP, En. M. Asmawi b Ibrahim, pendekatan yang digunakan sepanjang program tersebut berkonsepkan keluarga angkat. Seramai 46 pelajar diterima sebagai anak angkat oleh 21 keluarga yang terdiri daripada keluarga yang sudah memeluk Islam dan belum Islam. Menurut beliau, konsep tersebut sememangnya memberi kesan yang sangat positif kepada penduduk kampung khususnya yang belum Islam kerana, peserta program berjaya menunjukkan kemurnian dan keindahan Islam kepada keluarga angkat masing-masing melalui tingkah laku, tutur kata, adab, dan akhlak Islam.

Program ini juga dilihat berkesan kerana, setiap anak angkat diwajibkan memasak dan makan dirumah keluarga angkat masing-masing untuk sarapan pagi dan makan tengah hari sepanjang program berlansung dengan bekalan bahan makanan yang disediakan, kelainan inilah yang membuatkan penduduk kampung mudah menerima kehadiran anak angkat dan menganggap peserta program sebagai anak mereka sendiri. Lantaran itulah, setiap peserta program mengambil peluang mempengaruhi keluarga angkat menghayati syariat Islam yang sebenar khususnya tatacara solat yang betul disamping tuntutan syariat Islam yang lain. Setiap peserta program juga banyak membantu adik-adik angkat dari aspek pembelajaran dengan memberi nasihat dan motivasi kepada mereka yang sedang berada dibangku persekolahan untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Keberkesanan program juga dapat dirumuskan daripada peranan yang dimainkan oleh peserta program yang ditugaskan untuk mengajak keluarga angkat yang telah memeluk Islam untuk sama-sama solat maghrib berjemaah, mendengar kuliah maghrib dan solat isyak berjamaah bersama semua urusetia program di surau yang disediakan. Hasilnya, lebih separuh keluarga angkat hadir untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut antaranya aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, aktiviti ziarah ini menjadi pemangkin kejayaan program tersebut kerana, selain dapat menunjukkan kemurniaan dan keindahan Islam kepada seluruh penduduk kampung, peserta dan urusetia program juga cuba untuk mendalami dan menyelami masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. Setiap permasalahan yang diajukan pihak urusetia telah panjangkan kepada pihak yang terbabit.

Antara aktiviti lain yang juga dilaksanakan adalah, sukaneka bersama penduduk kampung, bengkel pemantapan tatacara berwuduq dan solat yang betul kepada golongan dewasa dan kanak-kanak, motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah, tayangan video berkaitan kebesaran dan keagungan tuhan dan filem yang bercirikan pengajaran Islam serta persembahan kesenian daripada penduduk kampung dan peserta program.

Program ini juga memberikan impak yang positif kepada ahli kelab Perkim IDIP terutamanya berkaitan dengan kreativiti dan kebijaksanaan berkomunikasi atau berhujah dalam memperkenalkan Islam kepada orang lain, mempelajari pelbagai adat dan latar belakang budaya masyarakat yang berbeza disamping pengalaman yang sangat bermakna berkaitan aktiviti gerak kerja dakwah.

Hasil daripada kaji selidik borang ‘post moterm’ program tersebut didapati, peserta menjelaskan program tersebut secara keseluruhan adalah sangat baik. Mereka menjelaskan program yang diadakan sangat menyeronokkan dan memberi banyak faedah kepada mereka, disamping majoriti mengharapkan program seperti ini diteruskan dan diperbanyakkan dimasa-masa akan datang. Tidak kurang juga yang mengharapkan supaya semua pelajar IDIP dapat menyertai program sebegini supaya dapat melatih para pelajar tatacara berdakwah dan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai adat dan budaya.

Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Jajahan Kecil Loging, En. Nik Ab Rahman b Nik Yusof. Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah, Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Tuan Haji Abdul Hanif Harun, Pemangku Pengarah IDIP, Ust. Ahmad Fathan b Mahmood, Penyelaras Kelab Perkim Kebangsaan Pn. Suariza @ Hidayah bt Muhammad, Penasihat Kelab Perkim IDIP, wakil Cawangan Dakwah Khas JAKIM Gua Musang, wakil JAHEAIK, wakil MAIK, wakil JKOA Kelantan/Terengganu, wakil PDRM dan seluruh penduduk kampung.

 

dakwah1

Taklimat awal oleh Ustaz Che Alias bin Harun, Pegawai Dakwah MAIK

Majlis Perasmian pembukaan dan penyerahan anak angkat

dakwah2

Keluarga angkat membuat cabutan undian untuk memilih anak angkat

dakwah3

Majlis Penyerahan Anak Angkat

dakwah4

Tazkirah maghrib bersama peserta dan penduduk kampung

dakwah5

Aktiviti Sukaneka Kanak-Kanak

dakwah6

Aktiviti Ziarah dan Penyampaian Hamperserta melawat anak penduduk kampung yang menderita penyakit usus

dakwah7

Sukaneka golongan dewasa(bowling kelapa)

dakwah8

Malam Kesenian Dan Kebudayaan (tarian sewang)

 

 

 

 


Kemasukan Pelajar
IDIP menerima kemasukan pelajar dua kali setahun

Kakitangan IDIP
Senarai Kakitangan Akademik IDIP

Rencana Ilmiah
Himpunan rencana dan berita

Alumni Bekas-bekas pelajar IDIP

 

Jawatan Kosong

Waktu Solat

Selasa 27 Feb 2018
11 Jamadil Akhir 1439 H

 

Subuh 06:08
Syuruk 07:26
Zuhur 13:26
Asar 16:45
Maghrib 19:26
Isya 20:36

Kelantan

 

[ Tukar Kawasan ]

Undian

 

Pendapat anda mengenai Portal IDIP?
   

Dari Meja Pengerusi

TAN SRI DATO' DR. MUHAMMAD RAIS ABDUL KARIM

Lagi...

Sumbangan

Kami memerlukan sumbangan derma untuk membina bangunan baru bagi menggantikan asrama lelaki yang sedia ada. Sila hubungi 09-7715810. Lagi

 

 

Pelawat

 
Today 12
Yesterday 13
This week 44
Last week 603
This month 2204
Last month 3699
All days 358853

We have: 1 guests online
Your IP: 115.132.56.32
Chrome 64.0.3282.140, Windows
Today: Feb 27, 2018

Kakitangan